Friday, September 29, 2017
FLY.FM : RADIO LIVE STREAMING
Fly FM merupakan stesen radio swasta berbahasa Inggeris di Malaysia di bawah naungan Media Prima bersama Hot FM, One FM dan Kool FM. Ia dilancarkan pada 3 Oktober 2005, dan sasarannya ialah pendengar berumur 15-30 tahun. Fly FM ialah sebuah stesen radio Bahasa Inggeris kedua popular di Malaysia berdasarkan AC Nielsen Radio Sweeps. Radio ini bersiaran terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kini Stesen Radio Bahasa Inggeris Berkembang Pantas di Malaysia berdasarkan AC Nielsen Radio Sweeps. Tetapi sekarang Fly FM bersiaran dari Sri Pentas, seperti stesen radio lain di bawah Media Prima. Dari tahun 2006 hingga 2008, Fly FM mempunyai slot rancangan dikenali "50 minutes of non-stop music" (50 minit muzik tanpa henti) di mana krew akan menyiarkan lagu-lagu selama 50 minit tanpa iklan. Ia terbukti sebagai sebuah kejayaan sebagaimana semua orang boleh mendengar Fly FM sebagai sebuah stesen radio "alternaltif". Fly FM bukan sahaja menyiarkan lagu Bahasa Inggeris, tetapi muzik dalam Bahasa Melayu. Ini menjadikan Fly FM salah satu radio stesen pertama di Malaysia menyiarkan lagu-lagu lebih dari 2 bahasa.
HITZ FM : RADIO LIVE STREAMING
Please wait for 10-20 seconds Radio is Loading…
Hitz FM ialah sebuah stesen radio Malaysia yang dipancarkan siarannya di seluruh negara di bawah pengurusan AMP Radio Networks, sebuah anak syarikat Astro All Asia Networks plc. hitz fm merupakan saluran berbahasa Inggeris yang paling tertinggi dari segi jumlah pendengar. Pada Januari 2014, hitz.fm kembali kepada nama asalnya.
Hitz FM is a Malaysian national radio station managed by Astro Radio, a subsidiary of Astro Holdings Sdn Bhd. The radio station name was changed from Hitz.FM to Hitz FM in 2014. The radio has regional stations in Kota Kinabalu and Kuching. On 2015, as according to Nielsen RAM Survey Wave #1, Hitz FM maintained its position as Malaysia's leading English-language station with over 1.2 million listeners.
Wednesday, September 27, 2017
THR GEGAR FM
THR (dahulu dikenali sebagai Time Highway Radio) ialah nama sebuah stesen radio komersial swasta Malaysia yang pertama, terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini dikendali oleh Airtime Management and Programming Sdn. Bhd. sejak 2005, stesen ini berasal dari inisiatif dan pada berapa ketika ialah sebuah stesen rasmi kerjasama TIME Engineering, dan nama ini mencadangkan stesen ini mensasarkan kepada pengunna jalan raya/lebuhraya dengan laporan trafik dan hiburan. Ia memulakan satu era baru dalam babak penyiaran Malaysia sebagai ia sebuah stesen pertama untuk memberi alternaltif dari stesen Radio Televisyen Malaysia milik kerajaan dan ia memulakan permulaan sebuah persaingan keras pada pendengar pentutur Bahasa Inggeris. Pada masa kini dan disebabkan oleh kerana THR Gegar bersiaran melalui frekuensi radio di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja, Permata Pantai Timur telah menjadi tema rasmi stesen radio ini. Sehingga kini, THR Gegar telah menjadi stesen radio nombor 1 di Pantai Timur dengan purata 2juta pendengar setiap minggu. Sasaran pendengar THR Gegar ialah mereka yang berusia 18-39 tahun di seluruh Pantai Timur. Namun dengan perkembangan teknologi, THR Gegar juga boleh didengari di seluruh Malaysia melalui Saluran Astro 863, dan diseluruh dunia melalui internet di laman web gegar.thr.fm , muat turun aplikasi RAKU secara percuma di telefon pintar menerusi App Store & Google Play. THR Gegar menjadi pilihan ramai kerana menampilkan kepelbagaian semua jenis muzik, seperti rock, pop, balada, dangdut, tradisional, hip hop dan irama global. Menambahkan keunikannya, THR Gegar juga menjadi satu-satunya stesen radio yang memainkan sebahagian lagu daripada pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Hindi dan dialek Pantai Timur. Bukan itu sahaja, THR Gegar juga menyajikan lagu-lagu malar segar yang popular dari tahun 70an, 80an, 90an hinggalah lagu-lagu terkini. Dibarisi oleh penyampai baru dan lama, kombinasi personaliti penyampai-penyampai ini memenuhi citarasa semua pendengar dan nyatalah THR Gegar menjadi pilihan ramai kekal sebagai Stesen Radio Melayu Pantai Timur No.1 bagi (THR Gegar) di Malaysia.
SINAR FM : RADIO LIVE STREAMING
Please wait for 10-20 seconds Radio is Loading…
Sinar FM ialah stesen radio Malaysia yang mula bersiaran pada 1 Mac 2004 dengan cogankata asal Cahaya Hidup Anda, kemudiannya Muzik Retro Terbaik. Ia merupakan stesen radio berbahasa Melayu di bawah pengurusan AMP Radio Networks (sekarang Astro Radio) milik Astro All Asia Networks plc yang turut memiliki rangkaian TV Astro. SINAR yang memainkan Muzik Retro Terbaik, iaitu seleksi lagu dari tahun 60-an hingga sekarang, tidak kira lagu Melayu atau antarabangsa, ialah salah satu stesen radio dengan jumlah pendengar terbanyak, dengan 3.5 juta pendengar pada tahun 2013. SINAR FM merupakan radio bahasa Melayu dengan jumlah pendengar terbanyak pada tahun 2010 dan 2011, namun pada tahun 2012, Era yang juga berada di bawah Astro Radio kembali menjadi stesen radio nombor satu Malaysia. Pada Januari 2015, Sinar FM menukar logo buat kali pertama selepas lebih 10 tahun menggunakan logo asal. Cogankata stesen radio ini juga ditukarkan kepada Menyinari Hidupmu.
Tuesday, September 26, 2017
HOT FM
Hot FM merupakan radio berbahasa Melayu milik Synchrosound Studio Sdn Bhd , anak syarikat Media Prima.. Siarannya dipancarkan dari Sri Pentas, Bandar Utama. Hot FM memulakan operasi ujian pemancaran bermula 15 Januari 2006 dan mula beroperasi secara rasmi pada 5 Februari 2006. Hot FM mengambilalih frekuensi WaiFM milik Datin Seri Tiara Jacquelina, setelah WaiFM menutup operasi dan dibeli oleh Media Prima.
Hot FM mengudara selama 24 jam sehari. Diterajui oleh bekas penyampai Era FM, Seelan Paul sebagai Pengarah Rangkaian, Hot FM menyiarkan lagu-lagu 90-an, lagu-lagu Melayu terbaru, Indonesia, dan antarabangsa serta informasi tentang muzik.
Subscribe to:
Comments (Atom)






