Wednesday, September 27, 2017

THR GEGAR FM


THR (dahulu dikenali sebagai Time Highway Radio) ialah nama sebuah stesen radio komersial swasta Malaysia yang pertama, terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini dikendali oleh Airtime Management and Programming Sdn. Bhd. sejak 2005, stesen ini berasal dari inisiatif dan pada berapa ketika ialah sebuah stesen rasmi kerjasama TIME Engineering, dan nama ini mencadangkan stesen ini mensasarkan kepada pengunna jalan raya/lebuhraya dengan laporan trafik dan hiburan. Ia memulakan satu era baru dalam babak penyiaran Malaysia sebagai ia sebuah stesen pertama untuk memberi alternaltif dari stesen Radio Televisyen Malaysia milik kerajaan dan ia memulakan permulaan sebuah persaingan keras pada pendengar pentutur Bahasa Inggeris. Pada masa kini dan disebabkan oleh kerana THR Gegar bersiaran melalui frekuensi radio di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja, Permata Pantai Timur telah menjadi tema rasmi stesen radio ini. Sehingga kini, THR Gegar telah menjadi stesen radio nombor 1 di Pantai Timur dengan purata 2juta pendengar setiap minggu. Sasaran pendengar THR Gegar ialah mereka yang berusia 18-39 tahun di seluruh Pantai Timur. Namun dengan perkembangan teknologi, THR Gegar juga boleh didengari di seluruh Malaysia melalui Saluran Astro 863, dan diseluruh dunia melalui internet di laman web gegar.thr.fm , muat turun aplikasi RAKU secara percuma di telefon pintar menerusi App Store & Google Play. THR Gegar menjadi pilihan ramai kerana menampilkan kepelbagaian semua jenis muzik, seperti rock, pop, balada, dangdut, tradisional, hip hop dan irama global. Menambahkan keunikannya, THR Gegar juga menjadi satu-satunya stesen radio yang memainkan sebahagian lagu daripada pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Hindi dan dialek Pantai Timur. Bukan itu sahaja, THR Gegar juga menyajikan lagu-lagu malar segar yang popular dari tahun 70an, 80an, 90an hinggalah lagu-lagu terkini. Dibarisi oleh penyampai baru dan lama, kombinasi personaliti penyampai-penyampai ini memenuhi citarasa semua pendengar dan nyatalah THR Gegar menjadi pilihan ramai kekal sebagai Stesen Radio Melayu Pantai Timur No.1 bagi (THR Gegar) di Malaysia.
Hot FM
speakermusicspeaker
Please wait for 10-20 seconds Radio is Loading…

No comments:

Post a Comment